Pernah rasa macam ingin keluar dari kepompong kejahilan?
Pernah terbayang kita berada dalam suatu bilik sempit dan gelap, keseorangan, menjerit sekuat hati meminta bantuan, menagislah, berteriaklah, meraunglah, tetap tiada jawapan?
Cuba bayangkan kita berada dalam suatu maze. Kita berjalan, berjalan, mencuba nasib, mengikut naluri. Makin kita berjalan, makin kita cuba mencari jalan keluar, makin kita sesat, makin kita keliru dan tertekan. Akhirnya kita hilang arah tujuan.
Pasir jerlus?
Makin kita bergerak bagi meminta pertolongan, makin kita tenggelam ke dalam. Seolah-olah kaki ini ditarik-tarik seribu tangan ke dalam.
Kau tahu macam mana rasanya deppression?
Seolah-olah kau tenggelam dan lemas, kecuali mereka yang lainnya terus bernafas.
"Tiada ruang nak nampak kita ni dah berubah kalau dalam pemikiran orang lain, kita masih orang yang sama macam dulu...pendosa"
Hmm, ayat di atas saya kopipes dari timeline twitter saya , tertarik. Perasaannya seperti ada yang memahami diri ni meskipun ayat tersebut bukanlah untuk diri ini. Bukan itu sahaja,
" Orang-orang yang suka menghukum macam awaklah yang buat orang-orang macam saya ni memberontak tahu? Tak nak bagi peluang langsung! - Hazama , apa celup toqq"
Nak terang sikitlah, dalam cerita apa celup toqq ni Hazama adalah seorang yang yatim piatu, tinggal berseorangan tanpa penjaga. Beliau tiada peluang untuk menyambung pelajaran lalu termasuk dalam golongan mat-mat rempitzzz, atau apa yang kita hukum sebagai 'sampah masyarakat' Tapi beliau ada impian, iaitu untuk menjadi seorang penyanyi namun seringkali ditertawakan oleh orang sekeliling. Hmmm, kalau kite belum dengar lagi suara dia, cara dia mengalunkan melodi sebuah lagu tu, cara dia menghayati dan memahami lirik lagu tersebut kita dah gelak, itu namanya kita sudah menghukum. Mungkin, mungkin kita tidak berniat, mungkin hanya mahu bergurau tetapi kite patut sedar. Sedar yang hati manusia ni sangat rapuh, luluh dan sensitif, mudah tersentuh. Lagi-lagi bab impian. Sebab itu lah jarang sangat manusia berkongsi impian mereka dengan orang lain melainkan dengan yang betul-betul mereka percaya.
" Eh, aku percaya semua orang, serius, no heart feelings"
Pernah ke kalau kita jumpa stranger, kita terus beri tahu dia kita sedih yang mak kita sakit tenat? Kite merintih pada orang pejalan kaki yang kita memperolehi keputusan yang :( dalam peperiksaan? Kite cerita yang kita baru ditipu dan ditinggalkan oleh orang yang tersayang? Kite beritahu mereka perasaan sedih kite melihat ummat islam yang semakin hilang arah tuju , tiada tujuan hidup dan semakin kecundang? Kita kata kita sedih tengok saudara sesama islam menjatuhkan sesama sendiri?
Mahu kena pangkah poyo , bajet alim lepas tu noqqq. #fitnah. *nanges*
Kenapa kita tak cerita? Sebab apa? Sebab apa kita susah untuk percayakan orang lain ataupun bercerita kepada mereka? Mungkin akan aku tulis di-post yang seterusnya. Ehhh? #promote
Senang je.
"Kita selalu menghukum daripada memberi peluang"
Selalunya kita tidak sedar waktu kita sedang menghukum. Mungkin kite tengok kawan kita yang sibuk ber-dota , ber-facebook , ber-running man , menangis menonton cerita korea , kite rase mereka ni membuang masa je, macam tak ade harapan je nak berubah? Tanpa kita sedar,kite sedang menghukum tahu? Mungkin kita tidak tahu dia ada membuat amalan yang jauh lebih ikhlas dan diterima di sisi Allah? Mungkin sedeqahnya lebih di-terima berbanding kita? Adakah kita tahu solatnya lebih kusyuk daripada kita atau sebaliknya? Mungkin bacaan die lebih lancar , jelas dan tepat berbanding kita? Mungkin pergerakan solat die sempurna, tiada cacat cela berbanding kita?
" Ahh, dah satu bilik, kenal dah dia, takde buat ape pun, solat pun express, wuduk macam tak kena air je , memang jahillah!"
Hmmm, okay. Mungkin kadang-kadang kita rasa kita lagi kenal seseorang tu sebab kita tinggal sebilik , serumah atau se-kawasan dengan dia kan? Tapi kita kena ingat, sekarang mungkin dia tiada memikirkan Allah, esok lusa? Entah-entah cinta dia terhadap Allah lagi tinggi dari kita? Mungkin hari ini kite lagi baik dari sesetangah manusia, mungkin esok lusa? Kita kecundang? Siapa tahu? Lagipun iman kita naik dan turun dan apa yang paling penting adalah husnul khatimah (Pengakhiran yang baik).
Dari kita menghukum sebegitu rupa, apa kata kalau kita mengajak mereka melakukan kebaikan? Ajak, ajak, dan ajak tanpa berputus asa. Hai awak, nabi Idris berdakwah selama 950 tahun baru beliau berputus asa. kita? Takkan baru sehari dua dah kalah? Lemahnya kita. Kalau tak mampu juga, tunjuklah dengan perbuatan. Jangan cakap, nasihat je tetapi diri sendiri tak buat jugak. Akhir sekali, kalau tak berjaya jugak, kita doa kan je lah ye. Mungkin, mungkin bukan hari ni, bukan tahun depan atau dua puluh tahun akan datang. Mungkin suatu hari nanti kata-kata kita akan terdetik di hati mereka yang boleh membuatkan mereka sedar akan sesuatu. Jangan berputus asa okay?
Baik, nak share-lah suatu kisah yang terbaca barubaru ni.
Saya manusia , Bukan Kambing ...
Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah sebab takut bertemu dengan orang lain. Jangankan bergaul, melihat orang pun dia terketar-ketar ketakutan. Apabila ditanyakan sebabnya , dia berkata
"Saya merasa diri saya macam seekor kambing dan orang lain macam harimau. Mereka semua akan membaham saya. Saya takut"
Lalu dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit jiwa untuk dirawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan dirawat dengan pelbagai cara untuk meyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukannya seekor kambing . Setelah setahun menerima rawatan , dia pun diuji oleh pakarp sikologi yagn merawatnya
"Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?" Tanya doktor pakar
"Saya manusia."
"Bukan kambing?"
"Bukan, saya manusia!"
"Cuba ulang" pinta doktor
"Saya manusia , saya manusia , saya manusia"
"Bagus, sekarang kamu boleh pulang, bergaullah dengan orang ramai, kerana kamu berhak untuk itu. jangan takut lagi"
Dalam perjalanan pulang dia dibawa singgah di sebuah restoran yang dikunjungi ramai.
"Takut. Takut. aya nak pulang."
"Ehhh? Kenapa masih takut? Kamu kan manusia, bukan kambing?"
"Ya ya, saya manusia, tetapi bagaimana kalau harimau-harimau itu masih melihat dan menganggap saya sebagai kambing? "
Cerita ni berunsur komedi sikit , gelak lah gelak lah *hehe...
Baik, kalau kite baca secare lebih terperinci. Cerita ni sangat mendalam. #deep. Lagi-lagi ayat yang ber-highlight hijau tu. Kalau kite fikir betul-betul , lelaki ni akhirnya sedar yang dia ni seorang manusia, cuma dia risau orang sekeliling masih melihatnya sebagai kambing. Lelaki ini tahu dia sudah berubah, berubah menjadi suatu objek yang lebih baik dari sebelumnya. Perlukan si lelaki ini merasa gusar dengan pandangan manusia lain yang masih menganggapnya sebagai kambing lagi? Apa rasionalnya?
Kesimpulannya , pedulikanlah apa yang mereka kata, pedulikan sindiran tajam mereka, pedulikan! Berhentilah, berhenti menjadi hamba penyakit hina diri yang kronik , seringkali membandingkan diri dengan orang lain secara tidak sihat, sering merasa tidak layak, tidak selesa dan tidak suka pada diri kite sendiri. Berhentilah. Asalkan kita tahu siapa kita , apa yang kita lakukan, apa yang berada di hati kita. Asal kita tahu siapa kita, asal Allah tahu siapa kita.
Bertahanlah.
No comments:
Post a Comment