Tuesday, August 13, 2013

#Pirah 1

Sedih. Penat-penat karang post masa Bulan ramadhan kemudian hilang begitu sahaja. Bukan satu dua tahu? Nak dekat sepuluh rasanya. Rasa macam semua benda ni temporary saja, sekelip mata boleh hilang. Okay takpe, move on , sekadar yang aku ingat, Suatu hari ketika sedang menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun , (PMR trial) dengan Pirah, dia mengutarakan satu soalan.

P : Paroh, tadi aku stalk facebook Wan Ahmad Afiq.
F : Huh?? Afiq mana plak ni
P : Afiq kau laaa
F : Ohhhhhh, laaaaaa okayy. Aku dah berzaman tak stalk die kau pulak stalk en? 

Hmmm, baru terfikir rasanya dah lama sungguh tak stalk beliau, dahlah nama penuh kamu sebut Piroh, ish. Tak stalk sejak masuk pasum rasanya? Kali terakhir jumpa pun awal tahun ni rasanya masa open house kat rumah beliau. Masa tu beliau pakai baju melayu bewarna ungu. Rambut masih lawa , masih left-handed dan masih pakai spectacle, comel. Memang lupa terus lah sekarang , kemudian teringat pulak kata-kata Didie yang masuk akal juga. *giggles*

"Out of sight, Ouf of mind"

Okay, this is totally awkward, point post ni bukanlah untuk buka cerita pasal Afiq, tapi pasal apa yang telah di-stalk Piroh di fesbuk beliau. Lalu, aku pun membukalah fesbuk beliau setelah berkurun lamanya tidak melakukan sebegitu. Jadi, terpampanglah beberapa artikel-artikel menarik terutamanya artikel Mohsi! Sebelum tu nak minta pendapat korang tentang gadis-gadis yang memakai niqab. Bila seorang gadis berniqab lalu depan kita, apa respon kita? Jika kita ambil skop yang kecil saja iaitu di Malaysia, ada dua golongan , yang satunya akan menyokong,


"Ya Allah indahnya, sejuk mana memandang"
* Eh ehhhh, kaum Adam, jangan pandang, tundukkan pandangan.

namun ada juga yang protes, banyak sangat. 


"Eh, kolotnya dia tu"

"Eleh, nak sorok jerawat kat muka lettew"

"Bajet lawa je tu" 

Yang lagi kurang ajar,
"Nak sorok love bite tu"

INI SEMUA FITNAH! 

Korang tahu tak?

Dulu, masa zaman kegemilangan Uthmaniah (Ottoman) , permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam mengenakan hijab dan niqab. Sekarang? Sekarang ape dah jadi? Kite pula yang terikut-ikut dgn pakaian barat kerana kita takut dipanggil ketinggalan zaman. Kite pulak malu nak pakai tudung yang labuh ataupun yang menutup aurat? Kite pulak yang memuja-muja baju-baju yoga , skinny jeans , ketat dan jarang? Kenapa? Apa dah jadi? #terasa . Tak mahu tulis lebih-lebih maka eloklah korang baca ulasan selanjutnya klik sini.

Seterusnya kan, korang sedar tak yang sebenarnya Amerika ni tak ada kuasa pun atas kerajaan Islam? Sedar tak yang mereka ni sebenarnya takut sangat sangat sangat sangat dengan orang islam? Nak lebih spesifik, semangat jihad islam. Lalu di-fitnah kanlah , di api-apikannya bahawa islam dan semangat jihadnya ini terrorist, arti kata lain, mereka-meraka ni ACAH je. ACAH-ACAH berani je dengan kite. memang hobi mereka mengACAH sebenarnya. Last-last tahu siapa yang membangkang islam sendiri? Siapa yang gulingkan kerajaan islam sendiri? Siapa yang jatuhkan Presiden yang memerintah kerajaan secara zaman khulafa' dulu-dulu? Siapa? Siapa yang pilih parti-parti yang ketua-ketuanya tidak menghafaz Al-Quran? Siapa yang tidak menyokong hudud? Siapa? 

Jawab?
Siapa? 
Aku tanya ni? 
Cuba kau jawab, 

S-I-A-P-A?

Orang islam . 
Ya , Kita juga kan? Orang islam sendiri. Astaghfirullah. 

Tak sanggup nak bebel banyak lagi, sila baca sini.

*****

Maaf, memang emosional sikit bila berbincang dgn Pirah ni. Biasalah 14 tahun berkawan , membesar bersama, pahit getir , suka duka hidup juga dikongsi #Bfftj *nanges* . LOL Drama sangat.

Kemudian bagi menstabilkan emosi, perbincangan kami terhenti di situ dan kami kembali menanda kertas periksa Bahasa Inggeris kembali.  Haaa, ni lagi satu masalah , Ya Allah, penat tahu nak menanda essay-essay bebudak ni? cuba korang bayangkan ayat yang hmm, berbunyi macam ni.

"On the evening, The childrens are played at playground near the house" 
" He bitted and hit his strangers man hand and the man shouting to ask for help" 

Ok, mula-mula memang lawak, lawak sangat ayat macam nak guling-guling gelak-gelak tapi lama-lama rasa makin annoying. Tensi ok tensi? Macam , this sounds sooooooo right yet soooooo wrong! Korang ni tak belajar ke? Tengok satu ayat pun dah penuh dengan kesalahan tatabahasa. Kamon lah, simple grammatical errors je kot? Rasa macam nak koyak-koyak je kertas kamu tahu? Haaaaaaa, Kemudian ramai juga yang tulis ; "Based on the novel.......RETURN by..." Return? Ugh, it is written by! Ditulis oleh, bukan dipulangkan oleh. Dah berbuih-buih lah si Pirah tu marah-marah bebudak tingkatan tiga, pesan untuk tulis WRITTEN, tapi akhirnya masih RETURN. Ughhh. Tensi!!!! 

Jadi, selepas dibincang-bincang , cara untuk memperbaiki karangan-karangan mereka ni adalah dengan membuat tuisyen face-to-face. One-on-one, baru boleh jalan. Dan mereka ni, perlu di ajar secara basic balik, apa itu nouns , verbs , past tense , future tense , perfect future tense. Bukan apa dik, akak sedih tau, baca karangan adik macam tu, nanti macam mana adik nak ambil MUET? Meskipun adek dapat empat rata sekalipun, kalau MUET adik hancur, susah dik. Sebab course-course sekarang mementingkan MUET juga dik, Medik, Law , Tesl semua perlukan sekurang-kurangnya band 4 dik. Lagipun kebanyakan silibus pun dalam bahasa Inggeris dik. Takde dah dwi-dwi bahasa macam dulo-dulo dik. Sedih tahu adik? Berubahlah adik. Belajarlah adik. Masih sempat lagi ni adik nak ubah diri adik. iA. 

Korang ada cadangan tak utk memperbaiki English pelajar luar bandar? :<

No comments:

Post a Comment