Thursday, August 15, 2013

Arranged Marriage

Assalammualaikum,
Tajuk matang sangat, naik segan teman. *tutupmuka*

Apa pendapat korang tentang perkahwinan atas pilihan keluarga?

Rasanya boleh berkekalan ke?

Bayangkan korang disuruh berkahwin dengan seseorang yang korang belum pernah jumpa, belum pernah bercakap, belum pernah melihat, belum pernah mendengar suara . Tinggi dia, warna kulit dia, cara dia berjalan, cara dia bercakap, gaya rambut dia, cara dia ketawa,  cara dia senyum semua kita tak tahu. Hanya nama dia saja yang kita tahu.

Korang boleh terima?

Serius?
Tak takut tempang ke? pendek ke? botak ke? sengau ke? gagap ke? buta sebelah ke? garang ke? *batu api*

Kalau korang tanya aku soalan ni dua tiga tahun lepas, aku seratus peratus tidak setuju dengan pilihan keluarga tapi sekarang aku terfikir, apa salahnya?

Bukannya ibu bapa kita mahu menganiaya kita dengan pilihan mereka, malah mereka akan mencari yang terbaik buat anak mereka tahu?

Okay cuba bayangkan suatu hari korang dah berkahwin *drolls* selepas setahun mempunyai seorang anak yang alahai comelnye, bulatnye mata, putih gebunya, perang-perang rambutnya, manja suaranya. Korang bela diorang dari kecil, dari beri minum susu, korang bagi die minum coke sampailah korang ajar die makan nasi lemak , roti canai , nasi beriani dan kuewtiaw goreng sedap. Korang sekolah kan dia, korang ajar dia mengaji, korang ajar die tentang kehidupan dan segala cara untuk survive dunia dan akhirat (iA) . Kemudian, selepas beberapa tahun sudah tiba masanya untuk anak korang berumahtangga , korang pula di minta untuk mencarikan calon buat die. Apa reaksi korang?

Takkan-lah korang nak terima sesiapa sahaja yang korang jumpe? Contohnya korang nampak sorang mamat ni naik motor villi, korang panggil, kemudian korang cakap mamat, kahwin dengan anak makcik/pakcik nak? takkan lah kan? Bertahun-tahun korang jaga anak korang, korang nak senang-senang bagi anak korang dekat mamat ni? Entah-entah sehari dua kahwin masuk hospital eksiden jatuh motor.Paling-paling kau orang cari menantu dekat masjid haaa. Apa yang aku cuba sampaikan di sini, korang sebagai ibu bapa yang soleh dan solehah mesti cuba sedaya upaya mahu mencari calon isteri/suami yang baik buat anak korang kan?

Macam kalau aku lah kan, kononnya mahu cari calon isterilah en, mula-mula aku akan buat suprise visit dekat rumah yang berkenan tu, kalau boleh, datang pagi-pagi dalam pukul 10-12 tu, lepas subuh lagi afdal lah *gelakkecil* Bukan apa, ini test pertama, mahu test yang si dia ni jenis bangun awal ke jenis yang bila matahari dah takde baru lah nampak muka dia. Kalau datang-datang masih membuta, kensel jelah en? Kemudian kita test pulak, dia ni tahu tak nak buat kerja dapur, tengok bila kita datang dia nak serve makanan ke, kueh ke air ke tidak? Kalau ada, alhamdulillah, nak lulus dah ni. Kemudian air tu pulak kite test, manis sangat ke, masam ke, masin ke pulak? Agaknya gula habis kot, #husnuzhon. 

Seterusnya tengok lah pulak penampilan dia, cukup dua mata tak, sebatang hidung , mulut , jari , tangan , kaki dan sebagainya. Moga-moga bukan OKU lah kan? Then, dia pakai sarung tangan tak, pakai tudung tak, pakai sarung kaki tak? senang cite, dia jaga aurat tak? Haaaaa, kalau pass test-test kecil macam ni, sudah lah. Akhir sekali nengok rupa dia, ofkos penampilan itu penting juga uolls. Kalau ok, komfem lah jadi. kalau rasa-rasa tak berkenan tu, takpe kita kensel, kita cari yang lain. Dalam satu perumahan tu ada beratus-ratus rumah tahu, apa lu takut? #ayatsedaphati

Okay, itulah, sebenarnya ibu bapa kita mahu yang terbaik buat kita kan? jadi tak ada salahnye jika kite ikut pilihan keluarga ye tidak? Yang jadi masalah tu bila ibu bapa kita ni, jenis yang. hmmmmm. Tak berapa nak erm, erm, erm, kurang bertanggungjawab. hehehe. (ayat paling baik aku boleh guna lewlz). Makan minum anak tidak dijaga, solat , sedekah tak ditunaikan , zakat tidak dipedulikan. *nanges* Mohon doa dijauhkan diri ini dari menjadi sedemikian rupa. ameen. 

okay maaf. Mood nak poyo sikit malam ni. Sekian 
wabilahittaufiq'walhida'yahwassalammualaika'warahmatullahi'wabarakatuh.

2 comments:

  1. kalau cewek mau usha bakalnya gimana sih? apa ciri2 yang harus dicari?

    ReplyDelete
  2. Menyorok belakang pokok sebelum masuk waktu solat, tengok dia pergi masjid jemaah tak hehehe. ^~^

    ReplyDelete